Tuesday, February 25, 2014

PERKHIDMATAN KAMI

Diantara perkhidmatan yang kami tawarkan :

+ Merekabentuk & Membina
•     Merekabentuk dan Membina Muzium, Memorial dan Galeri.
•     Membina dan Menyelaras Ruang Pameran (kekal dan sementara) di dalam dan luar  negara
•     Membina dan Mengubahsuai Bangunan, Ruang Perniagaan / Pejabat
•     Membaikpulih Bangunan Bersejarah (Restorasi)
•     Selain menjadi kontraktor dan pembekal, kami juga sering ditawarkan ‘Package Contract' bagi kerja-kerja tertentu yang memerlukan pengalaman dan kepakaran yang luas, dan perlu disiapkan di dalam waktu atau tempoh yang singkat

 + Konsultan
•     Menawarkan khidmat nasihat di dalam merancang dan melaksanakan sesebuah projek

 + Hiasan Dalaman
•     Melakukan kerja-kerja yang berkait rapat dengan Rekabentuk Hiasan Dalaman, seperti lukisan pelan, lukisan perspektif 3D, Sebutharga dan ‘Bill of Quantity’ (BQ)
•     Menyediakan keperluan dan kemudahan projek, seperti pendawaian elektrik, air, perabot, penghawa dingin, insuran dan sebagainya

 + Grafik
•     Menawarkan perkhidmatan Rekabentuk Grafik dan Percetakan, seperti Papan Tanda, Panel, Pamplet, Poster, Kiosk dan sebagainya

 + Media & Promosi
•     Kami turut menawarkan perkhidmatan pengiklanan, perancangan dan pembelian media bagi pelanggan yang ingin melakukan hebahan / promosi berkaitan projek-projek yang telah atau sedang dijalankan melalui media massa seperti iklan Televisyen, Radio, Akhbar, Majalah, Internet, Billboard dan lain-lain.


1 comment:

  1. Selamat Tengahari. Saya Nurul Farhana bt Amat, pelajar dari UITM Shah Alam. Saya sedang menjalan kajian mengenai "Refurbishment at Heritage Building". Saya berminat untuk menjalankan sesi temubual dengan pihak tuan mengenai pengalaman tuan semasa menjalankan kerja-kerja membaikpulih bangunan bersejarah.

    ReplyDelete