Tuesday, February 25, 2014

TENTANG KAMI

Syarikat ini ditubuhkan pada 17hb November, 1992 dan merupakan sebuah syarikat 100% Bumiputera dengan kesemua kakitangannya terlibat secara langsung di dalam perancangan, pentadbiran, penyelidikan, kewangan dan operasi. Kebanyakannya mendapat pendidikan dan kelulusan di dalam bidang berkaitan di institut-institut pengajian tinggi dan kolej swasta tempatan.

Pengarah syarikat ini memiliki 35 tahun pengalaman di dalam bidang-bidang yang diceburi, dan hingga kini terus terlibat secara peribadi kepada setiap perancangan dan kerja yang dilaksanakan serta bertanggungjawab dari mula menyediakan kertas cadangan, konsep, penyediaan pelan sehingga siap segala kerja-kerja dalam skop yang dipertanggungjawabkan.

No comments:

Post a Comment